spotchek

satu perkara yang aku benci tika di zaman persekolahan . aku sering tertanya tanya, mengapa perlu adanya spotcheck ? bila cekgu dah rampas sesuatu dari pelajar, sesuatu itu cekgu lakukannya tuk apa ? dea bagi anak dea buat main ke ? dea jual kat kedai cina ke ? bila dah kene rampas, adakah pelajar itu akan menangis dengan penuh kesal sambil merayu rayu ?
aku rasa tidak sesekali. mungkin ada tapi bilangannya cukup minimum bukan ? pernah ke kau tengok budak memeluk kaki cekgu berharap cekgu itu akan simpati ? banyak betul persoalan disini. tapi jawapannya mudah, TIDAK !

di sekolah aku , antara barang2 yang dirampas :
  • telefon bimbit
  • pemain muzik [mp3, mp4, mp5]
  • cakera padat [ yang tidak berbaur pendidikan ]
  • lukisan yang melucahkan
  • rokok , lighter
  • majalah yang berbentuk hiburan
  • liquid paper [ watafa ? ]
  • marker pen [ watafa? ]
dan ada lagi kot ? ntahh, aku bukan seorang yang mengikut peraturan sekolah. so, aku buat tatahu sahaja.

here comes the best part,
aku listkan cara bebudak menyelamatkan diri mereka :
  • atas kipas / lampu siling
  • bawah papan hitam punya tempat letak pemadam nya itu
  • belakang papan kenyataan
  • bawah meja / kerusi
  • bra / spender / boxer
  • dalam kasut sekolah / setokin
  • dalam songkok
  • kat tebing2 tingkap
  • kat koridor bangunan sekolah [ naseb tuk kelas yang tingkapnya boleh bukak ]
  • dalam kasut
  • tempat2 rahsia yang telah dibuat khas oleh pelajar tuk kes emergency cam neh
  • paling senang, buat baik dengan pengawas / cekgu, sure lepas punya :]
kat sekolah engkau mesti ada banyak trick ag an ? mari lah share, senang kita berkerjasama berusaha nak menyelamatkan diri. hahaha :D

aku maseh menganggap spotcheck ini satu yang tidak relevan pada zaman sekarang ini. karena bebudak sekarang sangat manja, dan kurang menghargai. bila dah kene rampas barang diorang, mak bapak marah cekgu, bukan marah diorang. betol tak ?
paling kurang pun, bila dah kena rampas, mak bapak diorang boleh belikan yang baru tanpa ragu karena rasa 'kasihan' pada anak anak mereka. maaf, aku rasa zaman sekarang ayat 'kasihan' tuh dah boleh buang dalam longkang. patutnya bebudak ini dididik seperti askar agar tidak manja, tidak merungut dan sentiasa bersyukur atas apa yang ada.

*kalu cekgu nak rampas henfon aku pun , aku takesah. bukan sebab mak bapak aku loaded boleh mintak cenggitu saja. sebab henfon curik, tada nilai pung. hahaha. kira kalau kene rampas, macam balasan Tuhan kat aku lahh. make sense ?