i've been stressed out lately

yeahh , tahun ini sungguh stress. mungkin karena spm, dan mungkin karena sebab sebab lain yang kebetulan berlaku pada masa yang patutnya aku berlaku tenang sahaja. jerawat dah mula aktif tumbuh balek neh. perot pun dah mula boroi. lagi lah aku stress. haihhh -________-"
bole lak perasaan malas neh datang time aku patutnya rajin selak buku pelajaran. gi mati ah perasaan pemalas! jangan kacau hidup aku!

apasal la aku neh susah sangat nak tegakkan pendirian aku ?
apasal la aku neh susah sangat nak jadikan ibu bapa aku sebagai sebab aku nak berjaya ?
apasal la aku neh susah sangat nak menentang perasaan malas aku ?
apasal la aku neh susah sangat nak teguhkan iman aku ?
apasal la aku neh susah sangat nak bukak buku dan buat kerja rumah ?
apasal la aku neh susah sangat nak bangun , dan mandi tuk pergi sekolah ?

semua tuh kerap bermain dalam minda aku. sampaikan satu ketika aku tiada langsung jawapan untuk segala pertanyaan itu. aku hanya boleh menganggap diri aku neh tolol dan bongkak. bodoh dan sial. untuk sedapkan hati , aku hanya menjawab 'mungkin karena spm. mungkin karena spm.' akan aku sebut sampai aku bole senyum dan ketawa kembali. benda tuh memang macam bodo, tapi sebenarnya memang berkesan. satu satu masalah timbul ketika aku berada di tahap klimaks ini. harap semuanya reda selepas ini. aku sudah penat. aku nak berehat skejap untuk menempuh kepenatan yang lagi terlampau. aku terkenang kata kata penyanyi indonesia, Anggun. 'bangun, mandi dan berjuang'. aku memang bangun, aku memang mandi tapi sampai sekarang aku tatahu aku berjuang untuk apa dan demi siapa aku juangkan. hidup ini semacam tiada arah tuju buat aku. aku cuma berharap aku mengikut jalan yang betul dan selebihnya mengganggap ini hanyalah takdir kehidupan. takdir yang aku sengaja membiarkannya menguasai hidup aku dan tapernah aku cuba untuk mengubahnya untuk menjadi lebih baik. takdir memang lah kuasa Tuhan, tuh aku paham. tapi kita tak seharusnya bergantung seratus peratus terhadap takdir an.

aku cakap je cam neh. konon dah insaf. tapi tgk la esok, aku akan bangun sebagai diri aku yang lama. perubahan itu sangat susah kawan kawan