kesian engkau mati dengan cara drastik

seperti yang sudah dijanjikan kepada khalida, bazlee dan mape, aku singgah sebentar ke Giant untuk membeli bahan bahan untuk memasak fettucine carbonara. yeah, memang kau akan gelak dengar aku memasak, tapi hakikatnya aku memang terer masak. gelak ah guling guling, aku terima dengan tenang. ha-ha-ha.

selepas berjaya membeli semua bahan, aku dan khalida tunggulah mape bawah satu pohon neh. scene ketika ini adalah sangat panas dan merimaskan untuk pengetahuan kau. tika sedang mengibas ngibas tudung utnuk menyejukkan badan, tiba tiba aku terpandang ke jalan raya dan melihat seekor kucing digilis oleh kereta dengan kejamnya.

FUCK !

aku dan khalida menjadi kaku, suasana meriah menjadi sunyi, orang orang pejabat yang sedang menikmati roti canai di kedai mamak depan tuh pun turut berhenti menguyah. kelihatan kucing itu menggelupur , melompat lompat mengharapkan nafasnya tidak terhenti. aku mula sentap tapi aku tahan macho. khalida dah mengalir airmatanya, dah mula nak buat drama. haihh. khalida asyiklah suruh aku pi tolong kucing tu. aku nak tolong cane bodo! aku takut darah la sial! [yeah, satu lagi fakta yang melawakkan. gelak ah guling guling, ha-ha-ha]

lama selepas itu, aku semakin kesian melihat kucing itu bergelimpangan atas jalan. aku nak tolong angkat, tapi sirius aku takut gila. tiba tiba ada lah seorang mamat neh pi tengah tengah jalan bawak plastik. dengan baek hatinya dea angkat kucing tuh letak kat tepi bahu jalan. siap buat kubur untuk kucing tu. bila tengok kelakuan mamat tuh, aku macam jatuh cinta lak. suwit gila bagi aku kalu ada lelaki yang sayangkan haiwan. dari saat dea angkat kucing tuh sampai dea balek, aku tengok je mamat neh. ahhh~

yang mape neh pulak lembab! sedari tadi aku ngan khalida tunggu tasampai sampai gak. aku dah nyirap je. seb bek aku neh cool. hahaha. khalida pun dah setat mencarut carut. aku pun join gak tapi aku kurang seket. hahaha. nak tak nak, aku terpaksa naek gak rumah dea ketuk pintu rumah dea. pundek ah kau. suka susahkan aku. huh

aku cek kocek aku ada 5bux. tergerak hati nak nek cab. aku mintak tongtong khalida ngan mape bayar duit cab. tapi pundeknya dua dua tada duit. alasan!