tepukan gemuruh untuk team buku 'AWEKS KL'


hari itu aku ke borders, sahaja menghabiskan masa membaca buku yang aku tamampu beli haha. so, baca di situ je lahh. bytheway, credit to najee cause temankan aku membaca :D

semasa sedang mencari cari buku yang sesuai, aku ternampak sebuah buku yang bertajuk 'AWEKS KL'. aku serta merta teruja ! karena buku ini adalah buku yang aku cari cari sejak awal tahun lagi. buku ini aku lihat semasa di RANtai art event tetapi malangnya aku tiada sen ketika itu, so terpaksalah telan air liur je. naseb aku baik pula pada itu hari karena aku membawa duit baki tusyen lebih, ada lah dalam 70bux hahaha. aku terus grab buku itu dan satu lagi buku yang aku rasakan menarik yang bertajuk 'KISAH PEMBUAT LILIN MENGEJAR MATAHARI'. actualy buku neh diterjemahkan sahaja, tetapi yang menarik bagi aku adalah bait bait perkataan yang digunakan. syabas karena buat aku hepi!

apa yang dapat aku ungkapkan untuk buku 'AWEKS KL' adalah :
  • garapan cerita tentang realiti hidup lagi lagi berkenaan wanita yang sangat mengagumkan
  • perkataan yang digunakan realistik dan kadangkala memerlukan kamus untuk memahaminya
  • satu satu kisah yang straight forward dan tanpa rasa ingin menjaga hati para pembaca, which memang kegemaran aku :D
  • peleraian cerita yang membuatkan minda berfikir sejenak
  • koleksi puisi/puitis yang enak
  • keistimewaan cerita yang membuatkan para pembaca rasa nak baca dan baca dan baca lagi untuk faham dan faham dan faham lagi

senang kata, team buku 'AWEKS KL' memang hebat
buku ini merupakan buku kedua yang mengalirkan cecair adrenal ke seluruh tubuhku selepas 'LAGENDA BUDAK SETAN' oleh Ahadiat Akashah