EARTH HOUR, malaysian style


kau pernah lihat perkataan 'earth hour' ? pernah bukan ? ianya adalah salah satu inisiatif para pecinta bumi untuk menyelamatkan bumi dari terus mati begitu sahaja. dan ini juga salah satu inisiatif untuk menyelamatkan kau, aku, dan mereka dari hidup terseksa bagai orang asli yang tak reti bercucuk tanam. tetapi, aku maseh tapaham. mengapa rakyat malaysia yang bersatu padu menganggap benda ini sebagai benda yang remeh ? menganggap benda ini sebagai sesuatu yang tak penting dan harus diketepikan ? tidakkah kau sedar benda ini boleh menyelamatkan anak bini kau dari amarah alam ? haihhh -__________-"

aku terasa menulis tentang ini apabila pada 28 mac 2009, jam 2030-2130 disyorkan kepada semua pelusuk negara memadam lampu sebagai tanda sokongan menyelamatkan bumi. aku pun beria-ia memadamkan lampu, aku pun suka lihat rakan rakan aku hantar sms suruh tutup lampu, ini menunjukkan kesedaran mereka.

aku sangkakan sokongan ini akan menjadi meriah di kawasan kejiranan aku ; dimana mereka semua berada dalam keadaan gelap, keluar dari rumah berjalan-jalan mengambil angin, memegang lilin bagi menerangi jalan mereka. tetapi sebaliknya terjadi, keadaan biasa sahaja seperti sehari hari. malah aku lihat terang benderang rumah mereka disinari mentol durjana. nak kata tak baca paper, selalu je keling tuh hantar paper pepagi. nak kata tak tengok tv, mustahil sebab mereka mampu. hishhh ! panas je aku. bukan depa suruh tutup semua bekalan elektrik, tutup LAMPU je nok! bukan depa suruh buat benda ini sampai esok pagi, satu jam je nok! benda kecik camneh pun rakyat kita susah nak buat. aku tahulah benda ni macam bodo, tapi benda bodo ni la yang akan buat kita terus hidup macam sekarang.

rakyat Malaysia dan semua manusia, tolong selamatkan si Bumi.
kesian dia haus kepanasan, gigil kesejukan.