im out from here
meet me at tikamdua.blogspot.com

terimas abang

nak spm pun jangan belajar teruk2 sangat
kang result cam pundek, terjun bangunan lak
spm neh tapenting sangat
kalu result cam babi gak still bole hidup
just kene pandai2 hidup la geng
kalu result baek, tuh kira bonus lahh
tapi kau belaja la baek baek
sbb spm neh berguna gak
bagi orang tak berguna je pandang spm sebagai benda remeh
cam abang neh
tapi tgk abang, spm suma failed pun
maseh hidup
siap bole beli rokok lagi

pesanan abang kepada adiknya

cinta antara benua

teringat kembali ketika aku di tingkatan satu, haha lawak
aku sangat inesen ketika itu
muka selebet, pemalu nak mampos, tak banyak bercakap, belajar pandai [straight A kot] haha
minat laki pun just pandang2 camtuh je
sbb masa tuh aku sedar aku siapa *tunduk pandang kaki
aku tak lawa, tak femes mana
nurul amira ? siapa tuh ? lebih kurang camtuh la
tapi yang aku ingat masa form 1 is aku ada admire sorang budak neh
sebab muka dea cam takeshi kaneshiro *bekas suami aku
aku tengah on the way nak pi tandas
tetibe budak neh turun dari tangga dan selisih dengan aku
aku merasakan semacam ada aura patu ada angin meniup2 tudung aku tika dea lalu
macam kau salu tengok kat drama2 melayu tuh
aku terus cam wow! hemsem siallll
tapi aku just admire dari jauh ah sbb aku suci masa tuh
mana reti nak flirt2 ngan laki suma
*tapi tuh dulu la, skang dah hebat haha
aku admire dea dalam 2 hingga 3 tahun ah jugak

hujung ceritanya, aku ngan dea skang hahah
ntah haram jadah apa dea bole minat aku pulak
tapi aku still suka dea an an aajim :]

awak mana ? napa tak makan ngan saya ?

kembali dari bilik mayat, muka aku sugul sungguh
masih berbekas air mata yang tidak mampu untuk aku lap
biarlah menitis banyak mana pun, aku sudah tidak kisah
memang betul mayat itu adalah kau
mengapa bukan orang lain ? mengapa mesti kau ?
aku sungguh tidak bersedia lagi
aku teringat lagi janji kita pada malam semalam bahawa kau ingin membawa ku pergi ke Mekdi
karena aku kepingin benar nak makan Mekciken dengan Frenfrais
dan kau pula menginginkan Big Mac set large dengan Mekflerri Konetto Cokelat
tapi malam yang patutnya kita berdua, hanya tinggal aku

KASHER : selamat malam, makan sini atau bawak balik ?
MANGSA : selamat malam, makan sini
KASHER : okay, mahu order apa ?
MANGSA : mekciken satu ..
KASHER : set atau burger sahaja ?
MANGSA : burger sahaja ya. then bagi bigmac set large dengan mekflerri konetto cokelat satu
KASHER : ada pape ag nak tambah ?
MANGSA : *geleng kepala
KASHER : saya ulang order ya, satu mekciken burger sahaja, bigmac large satu, dan mekflerri konetto cokelat satu. semua skali 21 ringgit 60 sen
MANGSA : *keluarkan 30 ringgit
KASHER : ada 60 sen ?
MANGSA : *keluarkan 60 sen
KASHER : baki 9 ringgit , terima kasih. mekflerri nanti kami hantar ya
MANGSA : *senyum kelat

sayang, aku belikan kau makan malam

let it be

biarkan lanchau itu memekak
biarkan pasangan itu berasmara
biarkan kereta itu pecut laju
biarkan kapal terbang itu terbang rendah
biarkan ombak itu memukul kuat
biarkan hormon itu berlari lari
biarkan penyanyi itu bernyanyi riang
biarkan budak perempuan itu menjilat aiskrimnya
biarkan burung itu terbang
biarkan para pemimpin itu bersidang
biarkan pemberontak itu mengibarkan bendera
biarkan rasa itu mengembang
biarkan jalan itu lengang
biarkan rambut itu panjang
biarkan bumi itu berputar

biarkan aku sendiri

marah

aku perlukan hormon progesterone sekarang
aku perlukan banyak

on the way ke langit

saya mengira berapa banyak bintang dilangit
semalam saya kira ada sebelas bintang
tetapi hari ini tinggal tujuh sahaja
saya rasa kecewa
dan marah
kenapa bintang itu pergi tak beritahu saya
kenapa bintang itu tak tunggu saya
saya nak ikut dia pergi langit lah
saya tak tahu jalan kat langit macam mana
karang saya sesat kang
saya tak boleh jumpa ibu saya balek
saya cuma nak pergi langit
nak jumpa awan, hujan
tapi saya tak nak jumpa petir
orang kata dia ganas
suka pow duit orang lain


saya nak pergi langit

tolong tapi macam tada hati

semalam aku lihat pakcek buta ini serta isterinya yang juga buta
mahu menaiki monorel
keadaan ketika itu kurang sesak tapi ramai juga yang berdiri
karena tiada lagi tempat untuk diduduki
aku melihat dengan perasaan simpati
tapi aku hairan, mengapa aku hanya melihat
mengapa tidak aku melihat lalu menolong
dan seterusnya memberi tempat duduk aku kepada mereka

dasar mangkuk lah aku neh

aku inesen

selamat pagi

hari ini

bermulanya hidup

terbaru aku

tiada lagi

tangisan tipikal

tiada lagi

perasaan kecewa

persetankan semua

komplikasi jiwa

kerana minda

masih bernyawa

masih boleh

berfikir waras

aku berasa

ingin berkopulasi

dengan alam

laungkanlah alam

bahawa kau

sayangkan aku

tidak percaya

akan aku

terhadap manusia

semua penipu

semua memandang

hipokritasi sebagai

benda tinggi

aku inesen

aku layak

dilayan jujur

cinta rok dan rol

cinta kita bagai rok dan rol
sekejap ada sekejap tada, cam biskut meri
aku main ngan perempuan lain
kau pun sibuk cari anak datuk
dengan harapan dapat bawak balek perfume jadore
atau mungkin jam limited edition guess
or mungkin sekadar enjoy clubbing kat zouk
dengan ditemani champagne dan martini
ala, janji dapat pegang seket seket
tadahal la lelaki durjana!
aku dah masak sangat ngan perangai kau
aku tahu kau masih sayang aku
dan aku tahu kau goda anak datuk tuh sebab nak kikis duit mereka je
plus, dorang tuh dayus
akal suma pikir pakai nafsu, huh!
kau pun takesah aku bawak pelacur mana sesat ntah masuk bilik
siap dapat kondom free lagi , perisa strawberry okay!
sebab kau tahu aku neh gila seks
dan kau pun dah penat nak layan aku hari hari
so kau relakan aku hancurkan badan perempuan lain yang sanggup dihancurkan
dari rogol budak sekolah kat dalam semak
tuh dah dikira binatang, tapi aku masih ada rasa belas
meaning that aku masih manusia yang waras
hey, ingat sakai cam aku neh tada perikemanusiaan lagi ke ?
tolong la jangan klise sangat


tapi akhir babaknya pasti aku dan kau sekatil
because aku sayang kau
dan kau sayang aku
dan kita jujur antara satu sama lain kan honey ?
till drugs kill us together
see you in hell
but I prefer heaven hahaha

*stoned habes

i will be your supergirl fighting all your fears

jika engkau takut akan masa depan kau
jika engkau takut engkau tadapat apa yang kau mahu
jika engkau takut segala galanya akan berubah
jika engkau takut apa yang kau sayangi hilang dari pandangan
jika engkau takut mak bapak engkau akan menangis karena sikap engkau
jika engkau takut engkau tiada keyakinan lagi untuk berhadapan dengan manusia
jika engkau takut untuk menghadapi pesaing yang mencabar
jika engkau takut ditinggalkan seorang
jika engkau takut engkau tiada semangat lagi untuk hidup

aku bakal jadi supergirl engkau
karena akulah punca semangat engkau
dan akulah yang bakal menemani engkau sampai engkau jelik melihat muka aku

manusia tanpa adanya Muhammad lagi

polan A : jom pergi clubbing ! malam minggu neh we

polan B : ha ? clubbing ? tamahu la aku. bahaya la tempat2 camtuh

polan A : ala jom ah. bahaya apanya. banyak aweks sial

polan B : *telan airliur menahan hasutan

polan A : aku tahu kau teringin nak pi. jom ah aku payong kau masuk. untung, dapat awek satu buat main.

polan B : *GULPP , istighfar

polan A : poyo la kau nak bajet alim lak depan aku.

polan B : tape ah polan A, aku tanak la pi. takut apa apa jadi, dapat dosa tapasal pasal

polan A : dosa seket je, t kita taubat ah balek, amacam ?

polan B : kau neh. otak letak kat lutut pe. tamahu la aku. aku tanak mati terseksa dalam kubo nanti.

polan A : yelah yelah, aku pi sorang. tayah ah nak cite sal kubo kubo lak.

polan B : aku cuma ingatkan kau je

polan A : kubo aku, aku tahu la nak jaga camne nanti !

tepukan gemuruh untuk team buku 'AWEKS KL'


hari itu aku ke borders, sahaja menghabiskan masa membaca buku yang aku tamampu beli haha. so, baca di situ je lahh. bytheway, credit to najee cause temankan aku membaca :D

semasa sedang mencari cari buku yang sesuai, aku ternampak sebuah buku yang bertajuk 'AWEKS KL'. aku serta merta teruja ! karena buku ini adalah buku yang aku cari cari sejak awal tahun lagi. buku ini aku lihat semasa di RANtai art event tetapi malangnya aku tiada sen ketika itu, so terpaksalah telan air liur je. naseb aku baik pula pada itu hari karena aku membawa duit baki tusyen lebih, ada lah dalam 70bux hahaha. aku terus grab buku itu dan satu lagi buku yang aku rasakan menarik yang bertajuk 'KISAH PEMBUAT LILIN MENGEJAR MATAHARI'. actualy buku neh diterjemahkan sahaja, tetapi yang menarik bagi aku adalah bait bait perkataan yang digunakan. syabas karena buat aku hepi!

apa yang dapat aku ungkapkan untuk buku 'AWEKS KL' adalah :
  • garapan cerita tentang realiti hidup lagi lagi berkenaan wanita yang sangat mengagumkan
  • perkataan yang digunakan realistik dan kadangkala memerlukan kamus untuk memahaminya
  • satu satu kisah yang straight forward dan tanpa rasa ingin menjaga hati para pembaca, which memang kegemaran aku :D
  • peleraian cerita yang membuatkan minda berfikir sejenak
  • koleksi puisi/puitis yang enak
  • keistimewaan cerita yang membuatkan para pembaca rasa nak baca dan baca dan baca lagi untuk faham dan faham dan faham lagi

senang kata, team buku 'AWEKS KL' memang hebat
buku ini merupakan buku kedua yang mengalirkan cecair adrenal ke seluruh tubuhku selepas 'LAGENDA BUDAK SETAN' oleh Ahadiat Akashah

pengakhiran yang best bagi kita



aku sayang kau, aku suka kau jadi kawan baek aku. tapi tak semestinya kawan baek harus mengacau hak privasi kawan baeknya sendiri. itu sudah melampau. aku tak suruh kau jadi bidadari semata mata nak 'selamatkan' aku. aku boleh selesaikan sendiri, jangan risau. kau cuma menambahkan beban masalah aku yang sudah cukup terbeban ini. dan ini membuatkan aku membenci kau pula. jangan salahkan aku karena membenci kau. salah kau sendiri karena tareti nak respek privasi orang lain. timaseh jadi membe aku selama neh. memang best kenal ngan kau.



p/s : pulangkan balik walkman sony aku dan 35bux aku. timaseh.

kesian engkau mati dengan cara drastik

seperti yang sudah dijanjikan kepada khalida, bazlee dan mape, aku singgah sebentar ke Giant untuk membeli bahan bahan untuk memasak fettucine carbonara. yeah, memang kau akan gelak dengar aku memasak, tapi hakikatnya aku memang terer masak. gelak ah guling guling, aku terima dengan tenang. ha-ha-ha.

selepas berjaya membeli semua bahan, aku dan khalida tunggulah mape bawah satu pohon neh. scene ketika ini adalah sangat panas dan merimaskan untuk pengetahuan kau. tika sedang mengibas ngibas tudung utnuk menyejukkan badan, tiba tiba aku terpandang ke jalan raya dan melihat seekor kucing digilis oleh kereta dengan kejamnya.

FUCK !

aku dan khalida menjadi kaku, suasana meriah menjadi sunyi, orang orang pejabat yang sedang menikmati roti canai di kedai mamak depan tuh pun turut berhenti menguyah. kelihatan kucing itu menggelupur , melompat lompat mengharapkan nafasnya tidak terhenti. aku mula sentap tapi aku tahan macho. khalida dah mengalir airmatanya, dah mula nak buat drama. haihh. khalida asyiklah suruh aku pi tolong kucing tu. aku nak tolong cane bodo! aku takut darah la sial! [yeah, satu lagi fakta yang melawakkan. gelak ah guling guling, ha-ha-ha]

lama selepas itu, aku semakin kesian melihat kucing itu bergelimpangan atas jalan. aku nak tolong angkat, tapi sirius aku takut gila. tiba tiba ada lah seorang mamat neh pi tengah tengah jalan bawak plastik. dengan baek hatinya dea angkat kucing tuh letak kat tepi bahu jalan. siap buat kubur untuk kucing tu. bila tengok kelakuan mamat tuh, aku macam jatuh cinta lak. suwit gila bagi aku kalu ada lelaki yang sayangkan haiwan. dari saat dea angkat kucing tuh sampai dea balek, aku tengok je mamat neh. ahhh~

yang mape neh pulak lembab! sedari tadi aku ngan khalida tunggu tasampai sampai gak. aku dah nyirap je. seb bek aku neh cool. hahaha. khalida pun dah setat mencarut carut. aku pun join gak tapi aku kurang seket. hahaha. nak tak nak, aku terpaksa naek gak rumah dea ketuk pintu rumah dea. pundek ah kau. suka susahkan aku. huh

aku cek kocek aku ada 5bux. tergerak hati nak nek cab. aku mintak tongtong khalida ngan mape bayar duit cab. tapi pundeknya dua dua tada duit. alasan!

i've been stressed out lately

yeahh , tahun ini sungguh stress. mungkin karena spm, dan mungkin karena sebab sebab lain yang kebetulan berlaku pada masa yang patutnya aku berlaku tenang sahaja. jerawat dah mula aktif tumbuh balek neh. perot pun dah mula boroi. lagi lah aku stress. haihhh -________-"
bole lak perasaan malas neh datang time aku patutnya rajin selak buku pelajaran. gi mati ah perasaan pemalas! jangan kacau hidup aku!

apasal la aku neh susah sangat nak tegakkan pendirian aku ?
apasal la aku neh susah sangat nak jadikan ibu bapa aku sebagai sebab aku nak berjaya ?
apasal la aku neh susah sangat nak menentang perasaan malas aku ?
apasal la aku neh susah sangat nak teguhkan iman aku ?
apasal la aku neh susah sangat nak bukak buku dan buat kerja rumah ?
apasal la aku neh susah sangat nak bangun , dan mandi tuk pergi sekolah ?

semua tuh kerap bermain dalam minda aku. sampaikan satu ketika aku tiada langsung jawapan untuk segala pertanyaan itu. aku hanya boleh menganggap diri aku neh tolol dan bongkak. bodoh dan sial. untuk sedapkan hati , aku hanya menjawab 'mungkin karena spm. mungkin karena spm.' akan aku sebut sampai aku bole senyum dan ketawa kembali. benda tuh memang macam bodo, tapi sebenarnya memang berkesan. satu satu masalah timbul ketika aku berada di tahap klimaks ini. harap semuanya reda selepas ini. aku sudah penat. aku nak berehat skejap untuk menempuh kepenatan yang lagi terlampau. aku terkenang kata kata penyanyi indonesia, Anggun. 'bangun, mandi dan berjuang'. aku memang bangun, aku memang mandi tapi sampai sekarang aku tatahu aku berjuang untuk apa dan demi siapa aku juangkan. hidup ini semacam tiada arah tuju buat aku. aku cuma berharap aku mengikut jalan yang betul dan selebihnya mengganggap ini hanyalah takdir kehidupan. takdir yang aku sengaja membiarkannya menguasai hidup aku dan tapernah aku cuba untuk mengubahnya untuk menjadi lebih baik. takdir memang lah kuasa Tuhan, tuh aku paham. tapi kita tak seharusnya bergantung seratus peratus terhadap takdir an.

aku cakap je cam neh. konon dah insaf. tapi tgk la esok, aku akan bangun sebagai diri aku yang lama. perubahan itu sangat susah kawan kawan

EARTH HOUR, malaysian style


kau pernah lihat perkataan 'earth hour' ? pernah bukan ? ianya adalah salah satu inisiatif para pecinta bumi untuk menyelamatkan bumi dari terus mati begitu sahaja. dan ini juga salah satu inisiatif untuk menyelamatkan kau, aku, dan mereka dari hidup terseksa bagai orang asli yang tak reti bercucuk tanam. tetapi, aku maseh tapaham. mengapa rakyat malaysia yang bersatu padu menganggap benda ini sebagai benda yang remeh ? menganggap benda ini sebagai sesuatu yang tak penting dan harus diketepikan ? tidakkah kau sedar benda ini boleh menyelamatkan anak bini kau dari amarah alam ? haihhh -__________-"

aku terasa menulis tentang ini apabila pada 28 mac 2009, jam 2030-2130 disyorkan kepada semua pelusuk negara memadam lampu sebagai tanda sokongan menyelamatkan bumi. aku pun beria-ia memadamkan lampu, aku pun suka lihat rakan rakan aku hantar sms suruh tutup lampu, ini menunjukkan kesedaran mereka.

aku sangkakan sokongan ini akan menjadi meriah di kawasan kejiranan aku ; dimana mereka semua berada dalam keadaan gelap, keluar dari rumah berjalan-jalan mengambil angin, memegang lilin bagi menerangi jalan mereka. tetapi sebaliknya terjadi, keadaan biasa sahaja seperti sehari hari. malah aku lihat terang benderang rumah mereka disinari mentol durjana. nak kata tak baca paper, selalu je keling tuh hantar paper pepagi. nak kata tak tengok tv, mustahil sebab mereka mampu. hishhh ! panas je aku. bukan depa suruh tutup semua bekalan elektrik, tutup LAMPU je nok! bukan depa suruh buat benda ini sampai esok pagi, satu jam je nok! benda kecik camneh pun rakyat kita susah nak buat. aku tahulah benda ni macam bodo, tapi benda bodo ni la yang akan buat kita terus hidup macam sekarang.

rakyat Malaysia dan semua manusia, tolong selamatkan si Bumi.
kesian dia haus kepanasan, gigil kesejukan.

spotchek

satu perkara yang aku benci tika di zaman persekolahan . aku sering tertanya tanya, mengapa perlu adanya spotcheck ? bila cekgu dah rampas sesuatu dari pelajar, sesuatu itu cekgu lakukannya tuk apa ? dea bagi anak dea buat main ke ? dea jual kat kedai cina ke ? bila dah kene rampas, adakah pelajar itu akan menangis dengan penuh kesal sambil merayu rayu ?
aku rasa tidak sesekali. mungkin ada tapi bilangannya cukup minimum bukan ? pernah ke kau tengok budak memeluk kaki cekgu berharap cekgu itu akan simpati ? banyak betul persoalan disini. tapi jawapannya mudah, TIDAK !

di sekolah aku , antara barang2 yang dirampas :
  • telefon bimbit
  • pemain muzik [mp3, mp4, mp5]
  • cakera padat [ yang tidak berbaur pendidikan ]
  • lukisan yang melucahkan
  • rokok , lighter
  • majalah yang berbentuk hiburan
  • liquid paper [ watafa ? ]
  • marker pen [ watafa? ]
dan ada lagi kot ? ntahh, aku bukan seorang yang mengikut peraturan sekolah. so, aku buat tatahu sahaja.

here comes the best part,
aku listkan cara bebudak menyelamatkan diri mereka :
  • atas kipas / lampu siling
  • bawah papan hitam punya tempat letak pemadam nya itu
  • belakang papan kenyataan
  • bawah meja / kerusi
  • bra / spender / boxer
  • dalam kasut sekolah / setokin
  • dalam songkok
  • kat tebing2 tingkap
  • kat koridor bangunan sekolah [ naseb tuk kelas yang tingkapnya boleh bukak ]
  • dalam kasut
  • tempat2 rahsia yang telah dibuat khas oleh pelajar tuk kes emergency cam neh
  • paling senang, buat baik dengan pengawas / cekgu, sure lepas punya :]
kat sekolah engkau mesti ada banyak trick ag an ? mari lah share, senang kita berkerjasama berusaha nak menyelamatkan diri. hahaha :D

aku maseh menganggap spotcheck ini satu yang tidak relevan pada zaman sekarang ini. karena bebudak sekarang sangat manja, dan kurang menghargai. bila dah kene rampas barang diorang, mak bapak marah cekgu, bukan marah diorang. betol tak ?
paling kurang pun, bila dah kena rampas, mak bapak diorang boleh belikan yang baru tanpa ragu karena rasa 'kasihan' pada anak anak mereka. maaf, aku rasa zaman sekarang ayat 'kasihan' tuh dah boleh buang dalam longkang. patutnya bebudak ini dididik seperti askar agar tidak manja, tidak merungut dan sentiasa bersyukur atas apa yang ada.

*kalu cekgu nak rampas henfon aku pun , aku takesah. bukan sebab mak bapak aku loaded boleh mintak cenggitu saja. sebab henfon curik, tada nilai pung. hahaha. kira kalau kene rampas, macam balasan Tuhan kat aku lahh. make sense ?

lepak lah lagi


aku keluar rumah tanpa pengetahuan ibu pada hari itu kerana mahu lepak dengan rakan rakan. timaseh najee temankan saya tunggu bus dan buat bm itu ari :D

sesampai di kl sentral, aku nyaris dilanggar kereta tika hendak melintas. bodo punya keling ! naseb bek Tuhan selamatkan aku. kelihatan tidak begitu meriah di kl sentral. ngapaan ya ? ohh, mungkin sunburst dengan gegey fest dijalankan serentak. tika sedang menunggu monorail, terpegun aku melihat seorang mamat neh. putih, bibir merah jambu, rambut panjang, jambang bersepah, seluar koyak, muka sirius; HEMSEMNYA ! aku berani usha je sebab aku sedar aku tak hot mana. sori ilyaf! hahaha.

tika di stesen maharajalela, aku usha mcpa hall. argh demm! jelesnya aku tgk polan polan yang pi gegey fest tuh. aku mahu pergi tapi aku tada sen. tapelah, maybe tada rejeki.

sesampai di bukit bintang, aku sudah menjangkakkan tidak seberapa ramai harini. agak meluap luap perasaan bengang aku terhadap shuffler2 yang dok bertenggek kat tangga monorail tuh. kau tada tempat lain ke nak duduk ? nak je aku sepak sorang2 bagi luas seket pergerakan aku. tapi aku bertamadun, so aku elek je.

sesampai di kitaro, kelihatan adib, alep, amar, chaom, dan ada lagi aku takenal sape. eh azam! kata pi gegey ? rupanya pokai cam aku gak hahaha. aku sampai je, depa pandang aku senyum2. aku pun macam 'oh okay? kenapa ngan korang?'
adib mula membukak cerita pasal ada awek neh kata aku hemsem. shit! aku dah agak benda nih akan menjadi bahan dorang. tape tape, aku elek je. jangan sampai awek korang aku buat main. hahahah

chaom menjadi skandal aku seketika pada hari itu. awak gatal la ! hahaha. aku cuma menggembirakan hatinya yang kecewa sampai lari dari rumah hahaha. kau neh bole tahan manja gak ? timaseh gak kepada chaom ajar aku tarian techtonic. sempat juga aku tunjuk skill aku shuffle + techtonic kat depan maybank. makan hati je suma shuffler. aku pula terasa hebat pada masa itu hahaha.

adib dan amar balek awal nak tgk MU men malam tuh. we adib, 2-0 bhai. apa citer? hahaha. timaseh kepada azam ngan chaom teman aku tunggu balak ; ilyaf aku habes kerja :D
then ilyaf sampai, azam ngan chaom blah. aku teman ilyaf makan kat pavi. sian dea makan sorang sorang t. habes makan gerak dolls store sebentar jumpa duck dan kamal. sekali duck keluarkan tiket misery signals patu dea kerat dua keping. patu sekali aku macam pelik, apesal ilyaf beli dua ? rupanya satu tuh tuk aku. aku macam ARGGHHHHHHHHHH! BESTNYAAAA PERASAAN INI ! hahaha. thanks sayang :DDDDDDDDDDDDDD

do i ?

ada seorang minah neh add aku di mys, patu dea anta komen

[click to enlarge]
[click to enlarge]


watafa ?

currently in sad mood

saya ada seorang kawan baik dahulu
segala galanya kami lakukan bersama
jika salah seorang tidak hadir ke sekolah, seorang lagi pasti juga tidak akan hadir
jika seorang kena bantai ngan cekgu, seorang lagi pasti turut serta
ada kalanya persahabatan kami mengundang rasa dengki orang lain
sehinggakan ada yang sanggup menabur fitnah untuk memisahkan kami
pada mulanya kami goyah, tapi kami tetap bersatu
semuanya begitu indah dahulu

tetapi itu dahulu
sekarang ini tidak lagi
alangkah sentapnya saya apabila awak endah tak endah melayan saya lagi
memang silap saya pada mulanya
kerana melupakan awak
bukan niat saya melupakan awak, cuma diri saya yang berubah
saya merasakan diri saya yang sekarang ini tidak disenangi awak
jadi, saya menghindarkan diri
mengharapkan awak tak berkawan dengan saya yang jahat ini
sebab awak orang yang baik.

terimakasih tuk kenangan kita yang indah dahulu
saya bahagia ketika itu :]

background music : street spirit fade away by RADIOHEAD

he's not coming

im waiting for him
to see his eyes , his nose, his lips, his self
my hands shaking, my heart beating fast
i cant wait to see him, cause i miss him and i just love to see his face
but he didn't show up
its okay, maybe he got some problem at home
or maybe he fall asleep
or maybe he is not coming
i live alone right now
and i have to admit that im sad that you're not coming
i thought i can cook for you, play with you, sing a song for you
but it's only my imagination
that will never happen
although i want it so badly
please say something
to make me understand you more

background music : backpacking around europe by YUNA

selamat ulangtahun :D

mohd khairul ashraff ; ion
syafiq izzat ; ejat

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan ion dan ejat
Allah selamatkan kamu

selamat ulangtahun korang :DD
moga zaman kegemilangan gay korang akan terus menyinar. hahaha

ujian penggal pertama

selasa - biology [ hell ]
addmath [ hell ]
pendidikan islam
sejarah [ hell ]

rabu - physics [ hell ]
modern math [ hell ]
bahasa melayu

jumaat - chemistry [ hell ]
english

aku harap sangat aku dapat jawab semua kertas ini dengan okaylah. walaupun ujian penggal pertama SAJA, tapi penting bagi aku. lagi lagi kertas biology. aku tanak dapat result teruk tuk bio sebab cekgu tuh dah kondem aku. masa inilah aku nak buktikan kat dea, aku tak teruk mana seperti dea sangkakan. terimakasih cekgu sound saya gila baek punya itu ari :]

BTW, gudluck kat semua para pelajar yang bakal amek result spm/stam khamis neh
moga kau orang akan menggembirakan hati mak ayah

jyeah kaum hawa!

mom on strike, unique sounds, unique voice, unique song titles, is what they are. a must song, LOVE IN MADRAZ, MINIMAL MINIMAX

carla, see her screaming on youtube. she's screaming exhale like hell. search 'fallxdown'

yuna, an acoustic singer with a beautiful face and voice. make her own music and tunes. a must song, DAN SEBENARNYA, ROCKET, DEEPER CONVERSATION

miss fynn, is known for her aggresive performance on stage. beautiful words, full of emotion, act randomnly and unique sense of style. check her out on youtube.

oddity, an old timer metal/screamo girl band in the scene of Malaysia, respect them. a must song, DEPRIVED OF MELANCHOLY

the donnas, retroniza yourself, dance with the fast heartbeat, you gonna love them. a must song, TOO BAD ABOUT YOUR GIRL, WHO INVITED YOU

the cranberries, an unique voice, cool sounds, understands the lyrics and feel it. a must song, WAKE UP AND SMELL THE COFFEE, ODE TO MY FAMILY

joan jett, a rockstar that will never die from rocking out the stage. a must song, I HATE MYSELF FOR LOVING YOU

i cut my hair


setelah seminggu aku melayan youtube, mengkaji tentang gaya rambut yang gerek gerek, akhirnya aku berani juga memotong rambut aku sendiri. aku fobia karena aku takut nanti rambut aku jadik len macam patu berjanggut nak tunggu rambut tumbuh balek. pernah terjadi benda neh, dan aku memang rasa demmmm gila. satu botol taicho aku pakai nak bagi rambut tumbuh cepat. mampus la bau longkang, aku nak rambut aku balek.

hari itu, selepas mandi, entah mengapa aku terasa konfiden nak potong rambut. sebagai nak mengelakkan dari berlaku kelecehan, aku :
  1. pakai tuala je. senang bogel terus
  2. cermin yang besar
  3. gunting tajam
  4. sikat
  5. razor blade [pencukur bulu]
  6. surat khabar banyak banyak banyak
  7. straightener
  8. getah rambut / klip rambut
aku duduk depan cermin lama lama, pikir macam mana nak mula. dengan lafaz bismillah, aku memotong sedikit demi sedikit. tapuas hati, aku potong lagi. lalu aku amek razor blade, aku kikis rambut2 yang aku tanak. dah puas hati, baru aku straighten rambut.

dan keputusannya,

aku puas hati :D
tapi masih dalam proses modified kan lagi